Pengambilan buah-buahan yang secukupnya boleh mengurangkan risiko berkaitan kanser, kardiovaskular, diabetes dan lain-lain penyakit kronik. Kita perlu memastikan buah-buahan dari 5 jenis kumpulan warna berlainan iaitu merah, kuning-jingga, putih, hijau dan biru-ungu. Fitonutrien berlainan mempunyai fungsi pengoksidaan berbeza dalam sel kita, di mana lebih warna yang diambil, lagi tinggi tahap perlindungan yang kita perolehi pada badan kita.
Adakah anda makan 5 jenis buah-buahan hari ini? Jika jawapannya tidak, bagaimana dengan semalam, minggu lalu, bulan lalu?? Jika perkara ini berterusan, bermakna tubuh kita pasti kekurangan Vitamin! Kekurangan vitamin bermakna sistem pertahanan badan kita akan menjadi lemah, dan senang terdedah kepada penyakit.
Kajian mendapati warna yang berlainan pada buah berlainan menunjukkan vitamin yang berbeza ada pada buah tersebut. Vitamin yang paling hebat majoritinya berada pada kulit dan biji buah. Oleh itu Jus MonaVie adalah pilihan yang terbaik untuk anda mengambil sebagai makanan tambahan (gabungan 19 buah-buahan) yang lengkap untuk harian anda. Jus MonaVie boleh membantu menambahkan vitamin, mineral, asid amino, fitonutrien dan lain-lain yang diperlukan oleh badan kita setiap hari.